Rubylicious Cake & Bakery menggunakan stevia sebagai pengganti utama kepada gula . Umum mengetahui punca utama kegemukan yang datang daripada sebiji kek adalah kerana kandunggan gula atau glukosa yang agak tinggi. Justeru Rubylicious Cake & Bakery telah mencipta sebuah resepi kek dengan 0 % kandungan gula. Berikut adalah kebaikan stevia yang dapat dikongsikan.
STEVIA - PENGGANTI GULA
Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.
Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula
0 comments:
Post a Comment