Topping Sihat Rubylicious Cake & Bakery
Lagi mengenai keistimewaan kek sihat yang Rubylicious Cake & Bakery sediakan ???
Topping yang disediakan oleh RCB sdn Bhd adalah berasaskan buah-buahan serta makanan sihat... Namun jangan risau , buat penggemar topping-topping sedap seperti cadburry, chocolate chip,kitkat dan banyak lagi, kami turut menyediakan topping seperti yang anda minta tetapi lain topping lain harga ya... :-)
Berikut adalah topping sihat yang kami sediakan :
1.) Strawberri
Manfaat buah Strawberry sangat luar biasa untuk kesihatan. Buah Strawberry dikenal sebagai buah yang paling popular di dunia kerana buah strawberry memiliki rasa yang lazat dan warna nya yang sangat menawan. Buah Strawberry kaya dengan pelbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang mana kesemuanya mudah diserap oleh tubuh badan kita. Strawberry mengandungi vitamin A, B, B2, B3, B5, B6, C, beta -karoten, asam folat, kalsium, magnesium, potasium, sodium, seng, dan besi.
2.) Hirisan Buah Kiwi Segar
Buah Kiwi mengandungi actinidin, enzim alami yang dapat mengatasi sembelit. Asam askobin-nya melindungi tubuh dari demam dan juga sakit sendi. Setiap 100g kiwi mengandungi ,Protein: 0.99 gram,Air: 83,05 gram,Karbohidrat: 14.88 gram,Kalori: 61 kcal,Abu: 0.64 gram,Lemak: 0.44 gram,Magnesium: 30 mg,Fiber: 3.4 gram,Besi: 0.41 mg,Vitamin C: 75.0 mg,Potassium, K: 332 mg,Vitamin A: 9 mcg,Calcium: 26 mg,Phosphorus, P: 40 mg,Niacin: 0.500 mg,Vitamin A: 175 iu,Retinol: 0 mcg,Sodium: 5 mg,Thiamin: 0.020 mg,Kolesterol: 0 mcg,Riboflavin: 0.050 mg.
3.)Biji Chia dan Flaks
Biji flaks merupakan makanan tambahan popular dari segi kesihatan, akan tetapi ramai yang tidak tahu khasiat biji Chia. Chia mempunyai dua kali ganda jumlah lemak sihat omega-3 iaitu dengan hampir dua kali ganda serat dan lebih sedikit protein daripada biji flaks. Lebih baik lagi, anda tidak perlu untuk mengisar biji chia kerana ia boleh dihadam keseluruhan. Chia juga mempunyai rasa yang neutral.
4.)Buah Beri Biru
Lupakan buah-buahan kering, yang terlalu tinggi kandungan gula di dalamnya, dan pilih buah-buahan segar yang dihiris kecil dan dipotong seperti buah-buahan tropika. Walau bagaimanapun, bagi yang sukakan buah yang lain dari yang lain, anda boleh pilih untuk meletakkan buahan segar seperi blueberry ataupun beri biru. Terdapat pelbagai manfaat beri biru iaitu membantu melawan penyakit jantung, meningkatkan daya ingatan, memerangi tekanan oksidatif senaman dan juga menggagalkan sel-sel kanser.
5. Biji Labu
Biji labu terkenal kerana ia bermanfaat untuk kesihatan prostat. Kajian menunjukkan biji labu mempunyai ciri-ciri yang menghalang pertumbuhan tumor dan kanser. Biji labu juga tinggi kandungan zink, vitamin E dan tryptophan, sejenis asid penting yang membantu mengawal mood.
6. Serbuk Kulit Kayu Manis
Serbuk kulit kayu manis merendahkan paras insulin, yang membantu pengurangan gula darah. Dan kayu manis merupakan cara terbaik untuk mengimbangi kandungan gula di dalam bijirin anda.
7. Badam
Jika anda sedang mencari kacang yang sihat untuk dicampurkan bersama sarapan anda, pilihlah badam. Badam mempunyai profil asid lemak kacang terbaik, dan boleh membantu mencegah penyakit jantung. Badam juga tinggi kandungan nutrien yang penting seperti vitamin E dan magnesium, dan juga agak tinggi dari segi kandungan serat.
8.) Cornflakes
Cornflakes adalah sejenis bijirin yang mempunyai seribu satu kebaikan dan memberikan tenagakepada tubuh badan kita . Khasiat jagung serta gandum yang terdapat di dalam cornflakes memberikan RCB sdn bhd idea untuk menjadikan cornflakes sebagai salah satu topping sihat bagi kek yang kami sediakan.
0 comments:
Post a Comment