Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Tuesday 17 October 2017



Rubylicious Cake and Bakery adalah sebuah kedai kek yang mengeluarkan kek yang dilengkapi dengan resepi-resepi yang mempunyai kandungan lemak dan lipid yang kurang. Antara bahan yang kami gunakan adalah kayu mani ceylon dan flores . Jenis kayu manis yang dimasukkan ini adalah berbeza dengan kayu manis cassia yang digunakan unttuk masakan. Berikut adalah sedikit maklumat tentang perbezaan kayu manis casia , ceylon dan flores.


Nak Tahu Beza Kayu Manis Flores, Cassia dan Ceylon? Baca ni.


NAK TAHU PERBEZAAN KAYU MANIS FLORES, CASSIA DAN CEYLON?
(#bukan post negatif)
.
Ramai yang tanya, apa perbezaan kayu manis flores, cassia dan kayu manis ceylon?
.
Sebenarnya, semua jenis kayu manis ada kegunaan sendiri. Tetapi yang hanya selamat dimakan dan dibuat minuman secara berterusan, setiap hari adalah kayu manis flores dan ceylon saja.
.
Jadi apa yang bezanya?
Okay boleh #baca di bawah.
.
REMINDER:
Sama-sama belajar perbezaan dan kegunaan kayu manis masing-masing. ðŸ˜˜.
.
ASAL USUL:
Ceylon: Sri Lanka dan Indonesia
.
Flores: Pergunungan kepulauan Flores, Indonesia
.
TEKSTUR:
Ceylon: Rapuh, nipis, mudah dihancurkan apabila digenggam. Bergulung halus.
.
Flores: Solid tapi mudah dipatahkan. Kulit kayu manis tidak licin dan bergulung kasar. Ketebalan ada sederhana, nipis seperti ceylon dan juga tebal, bergantung pada usia pokok di hutan (berbeza dengan cassia yang tebal dan susah dipatahkan)
.
WARNA:
Ceylon: Coklat cair
.
Flores: Coklat keperangan (berbeza dengan cassia coklat kehitaman)
.
RASA:
Ceylon: Manis tapi tiada rasa rempah atau pedas
.
Flores: Sangat manis dan rasa pedas berempah. Melekat manis di lidah dan mulut (berbeza dengan cassia yang pedas dan pahit)
.
BAU:
Ceylon: Yang mentah tiada bau. Bau yang sangat minimal jika digunakan dalam masakan.
.
Flores: Bau yang sangat wangi dan semerbak jika disimpan dalam tempat tertutup seperti laci atau botol (berbeza dengan cassia yang tiada bau atau bau seperti setanggi)
.
ORGANIK:
Ceylon: Ada organik dan bukan organik. Dikomersialkan
.
Flores: Disahkan organik (diuji di makmal). Diambil di hutan gunung yang perlukan pendakian 4 jam dan jungle trekking 3 jam untuk sampai ke kawasan kayu manis. Tidak dikomersialkan (berbeza dengan cassia yang dikomersialkan dan dieksport ke serata dunia)
.
KUALITI:
Ceylon: Bergantung pada tempat yang diambil
.
Flores: Bebas logam berat. Jauh dari kawasan kediaman, industri dan tumbuh secara liar di pergunungan (berbeza dengan cassia yang tinggi logam berat kerana kebanyakannya ditanam secara komersial dan tumbuh di kawasan penempatan manusia)
.
KEGUNAAN:
Ceylon: Perubatan dan minuman.
.
Flores: Perubatan (jamu, minuman herba), kecantikan (masker, lip scrub, sabun, syampu, anti-acne), masak dan minuman, kraftangan (cinnamon candle, wax tablet, essential oil), pemanis natural dan dijadikan gula, gula-gula dan kudapan organik oleh orang Flores.
.
Kayu manis Flores, apabila dimasak, baunya sangat harum. Terutama sekali bila ditumis dan dibuat roti.
.
Orang-orang Flores menjadikan kayu manis sebagai pembersih mulut kerana baunya yang wangi, menyegarkan menjadikan gigi bersih, gusi bebas jangkitan kuman.
.
Jadi, kedua-dua jenis ada fungsi dan manfaat sendiri.
Nak pastikan sendiri, kena beli kedua-dua jenis sekali, dan ikut mana yang anda lebih suka. Ikut juga keperluan sendiri.
.
Jika anda baker, suka masak kek dan roti, kayu manis flores pasti anda suka.
.
Jika anda tukang masak kenduri, ambil katering, jalankan bisnes makanan, kayu manis flores pasti membangkitkan rasa dan bau rempah masakan anda.
.
Suka buat cookies dan gula-gula organik sendiri?
Boleh cuba kayu manis flores. Tak perlukan pemanis tambahan jika mahukan gula-gula natural.
.
Suka buat essential oil dari herba dan rempah? Cuba kayu manis flores, anda mesti akan tidur lena kerana bau kayu manis ni jadi pelega stress dan menenangkan. Boleh masukkan oil juga di dalam infuser ditambah lemongrass essential oil sebagai penghalau nyamuk dan penenang yang baik pengganti lavender.
.
Suka buat pilis dan bahan mandian yang ada scrub? Kayu manis flores sangat wangi, dan sangat berguna untuk hilangkan angin kepala bila dibuat pilis. Serbuk kayu manis flores berupaya menanggalkan sel-sel mati. Oh ya, resipi pilis adalah dari buah pala dan kayu manis.
.
Jika anda mahu kayu manis yang tidak berapa manis, lembut rasa dan bau, boleh cuba kayu manis ceylon.
.
Cassia? Boleh cuba kurangkan penggunaan sikit demi sikit.
Bahaya untuk jangka masa panjang.
.
Kedua-dua jenis kayu manis flores dan ceylon memang mahal berkali ganda dari cassia,
.
Tapi ingat,
.
Kesihatan anda lebih mahal harganya. ðŸ˜‰