Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

PRODUK

JENIS-JENIS KEK YANG TERDAPAT DI CAKE UMK BLOG

1.) BLACK AND WHITE RUSIAN CAKE 
NO PRODUCT, (001) ,CODE ( : CKC111)
      
  
Istimewanya kek coklat Rusia ini adalah kek ini diilhamkan sendiri pembuatannya di negara Rusia. Luaran kek coklat rusia ini ditaburi coklat cair yang mampu memukau hati sesiapa sahaja yang memandang...
Lapisan dalam kek coklat rusia ini diselangi dengan warna coklat putih dan coklat pekat yang berbentuk petak... 
Topping :
-Strawberry
-Coklat Tabur
-Coklat Indulgence
-Hershey White Chocolate

RESEPI KEK COKLAT
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 170g tepung superfine*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100g serbuk koko
  • 200g minyak jagung @ minyak masak
  • 250g susu pekat
  • 250g gula halus - hana letak 210 jer
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  • Sejukkan.



RESEPI COKLAT GANACHE

  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara

  • Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  • Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  • Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.


ketika proses pembuatan

 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE 

  • 500g creamcheese
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.




2.) KEK COKLAT CADBURY 
NO. PRODUCT(002) , CODE (CKC 112)



Sebut saja cadbury , mesti ramai yang tauu... Kek ini adalah di antara produk terbaru kami untuk pecinta cadbury..
Topping :
-Almond
-m&m choclate
-Chocolate Chip

Resepi Kek coklat Cadbury

Bahan-bahan:
– 10 biji telur (gred A)
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette.
2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati.
3. Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4. Campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Adun dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6. Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7. Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8. Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.

3.).RAINBOW CAKE
NO PRODUCT (003), CODE (CKC 113)

Rainbow cake nii adalah salah satu produk yang paling laris bagi mereka yang menyambut hari jadi... Lapisan demi lapisan yang berwarna-warni mampu menarik sesiapa sahaja yang melihat...Topping bagi kek ini adalah :

-Strawberry
-Cadbury
-Milo Cube
- Coklat chip 

Resepi Rainbow Cake :

Bahan A
8 biji kuning telur ~ gred A
7 biji telur  ~ gred A
200 gm gula halus
15 gm ovellete
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B ~ di ayak
125 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
25 gm tepung jagung

Bahan C
120 gm minyak jagung
30 gm minyak kelapa dara ~ optional


Satukan bahan A
Masukkan dalam mixer dan putar dengan kelajuan  sederhana hingga bergaul sempurna ( berbuih anggaran 2 min )
Satukan bahan B dan ayak
Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A
Pukul dengan speed laju hingga adunan , putih, gebu dan naik 2 X ganda dari asal
Akhir sekali minyak kelapa dara dan minyak jagung dan kaup balik adunan hingga rata


Bahagikan adunan kepada kepada 5 bahagian
Letakan berlainan warna untuk setiap mangkuk
~ kuning
~ merah
~ hijau
~ biru
~ pink
Sediakan 2 loyang 4 segi tepat ukuran 10 X 12 inc
Sediakan juga 2 loyang bulat ukuran 7 inc
Sediakan juga spring cake tin ~ untuk memampatkan kek
Tuangkan warna pink dalam 2 loyang bulat 7 incin sama banyak ~ anggaran 150 gm setiap satu
Baki warna pula tuangkan dalam 2 loyang 4 segi tepat secara tompok atau rawak
Bakar kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C selama 25 minit
Ambil perhatian
Oleh kerana kek ini adalah dari jenis kek span, ia hendaklah di keluarkan dengan kadar segera setelah ia masak.
Bila kek masak, terus keluarkan dari loyang dan terbalikkan atas redai
Kemudian terbalikkan semula ke kedudukan asal untuk mengelakkan kek kecut atau mendap.
Biarkan kek sejuk


Kek yang telah sejuk untuk loyang 4 segi di potong kepada 3 bahagian yang sama besar 
Untuk kaedah vertical dan horizontal.jika ada baki adunan tuangkan sedikit dalam loyang bulat 7 inc. Kemudian potong bulat ukuran 2.5 inc atau 3 inc. Kalau nak buat Vertical sahaja tak payah buat cara ni.
Untuk cara ita, setiap potongan bulatan kecil layerkan dengan krim.
Krim yang digunakan adalah lemon cream cheese.Kemudan letakkan krim pada kek yang kita potong memanjang dan lilitkan pada bulatan tengah tadi. Jika tak nak buat bahagian bulatan temgah, gulung sahaja kek macam kita buat swiss roll.


Lilitkan hingga habis.
Ambil 1 keping kek untuk lapik bawah ( bulat 7 inc ) letakkan atas lapik kek
Letakkan krim dan ratakan
Kemudian angkat lingkaran kek kita tadi dan letakkan atas lapisan kek tadi
Kemudian ambil ring kek, dan padatkan kek, ketat-ketak biar kemas dan mampat
Potong bahagian atas yang tidak rata


Setelah kita potong, letakkan krim dan ratakan
Kemudian tutupkan dengan lapisan kek yang sekeping lagi
Kemaskan dan simpan dalam peti ais semalaman.
Bila dah set (semalaman ) buka ring kek
Salutkan kek dengan krim
* Krim ni terpulang nak guna krim apa ya, nak guna krim cheese yang sama pun boleh, nak guna fresh cream pun boleh, nak guna swiss meringue buttercream pun boleh atau nak guna buttercream pun boleh.
Ita guna fresh cream untuk lapisan luar
Salut lapisan putih dahulu
Ratakan dan kemaskan dengan spatula
Simpan dalam peti ais hingga keras ( kalau fresh krim dia tak keras ya)


Akhir sekali, warnakan cream yang kita gunakan terpulang ikut pilihan krim masing-masing.
Layerkan satu ewarna berselang-selang hingga habis
Kemudian ratakan dan kemaskan
Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.

Lemon Cream Cheese

200 gm krim creese
120 gm gula icing ~ yang telah di ayak
2 sudu teh lemon paste
1 sudu teh vanilla
11 gm halal gelatin
45 gm air ~ untuk larutkan gelatin
200 gm Non dairy whipping cream

Tuangkan gelatin dalam 45 gm air , biarkan kembang
Kemudian double boil atau masukkan dalam microwave hingga cair ( 1 minit )
pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula icing, vanilla dan lemon paste
Pukul lahgi hinga bergaul sempurna
Tuangkan gelatin yang telah di cairkan sambil terus memukul adunan hingga rata
Ketepikan

Dalam bekas mixer yang lain pukul Whipping Cream hingga kental
Tuangkan whipping cream dalam adunan cheese dan kaup balik rata
Sedia di gunakan

Fresh Cream

200 gm Non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla

Pukul kedua adunan hingga kental dan bertanduk
bahagikan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Sedia di gunakan



4.) KEK ANAK PATUNG
NO PRODUCT, (004)  CODE , (CKC114)


Bagi kek yang ditempah dan rekaan yang agak rumit... Sis letakkan saiz yang maximum dan minimum bagi setiap design yang hendak ditempah untuk mengekalkan mutu rasa, kestabilan rekaan dan yang paling utama kualiti kek ..Bagi resepi kek anak patung , bahan serta cara untuk menghasilkan kek ini adalah seperti mebuat kek span ataupun kek pandan... Berikut adalah video untuk hiasan anak patung...




5.) CHOCOLATE CHEESE AND PEANUT BUTTER CAKE
NO PRODUCT ,(005) CODE, (CKC 115)
Resepi cheese and peanut butter cake...

bhnnya:

utk base:

100 g biskut digestive
80 g badam kisar ( Uj tambah)
4 sudu bsr mentega (Uj guna margerine)

utk filling:

250 g krim cheese (Uj guna philly)
15 g gelatin( Uj guna halalgel)
100 ml air pns
125 g gula kastor ( Uj guna 130 g)
100 g whipping cream ( Uj guna 125g)
100 g yogurt asli @ natural yogurt ( Uj guna 125g)
140 g peanut butter
sedikit capucino paste( Uj tambah )


cara:

1. Hancurkan biskut.Addkan serbuk badam.Gaul sebati.Bila dh sebati addkan margerine.Biar sehingga
    bole dikepal.
2. Tekan biskut kedlm loyang ring @ spring foam.
3. Pnskan oven 160 degree.bakar selama 15~20 minit keluarkan.( Bole gak addkan dlm peti sejuk
    selama 15 ~ 20 minit)
4. Addkan gelatin kedlm air pns mendidih.Biar sehingga gelatin larut.ketepikan.
5. Pukul krim cheese dgn gula sehingga smooth.Addkan larutan gelatin tadi pukul rata.
6. Bila dh rata addkan yogurt tadi.pukul rata lagi.addkan peanut butter tadi pukul rata lagi.
7. Dlm bekas yg berlainan pukul whipping cream sehingga kental.addkn kedlm adunan cheese tadi.
    gaul rata dan kaub balikan
8. Tuangkan kedlm aduanan biskut tadi.ambil sedikit capucinno paste titikkan sedikit diatas permukaan
    cheese tadi..Ambil lidi lorek2kan mengikut kreativiti masing2.Sejukan kedlm petisejuk selama 4~ 5 jam.
9. Sedap dimkn ketika sejuk....







" selamat mencuba"

6.)PANDAN LAYER CAKE
NO PRODUCT(006), CODE (CKC 116)


Resipi Kek Pandan

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan (225g) gula kastor
  • 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
  • 1 cawan (225g) mentega, salted butter
  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko, diayak
  • 2 sudu besar pandan emulco

Cara Penyediaan:

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
  5. Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
  6. Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
  7. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
  8. Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
  9. Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.



7.) BANANA CHOCOLATE CAKE
NO PRODUCT (007) , CODE (CKC 117)
Topping :
-Hershey White Chocolate
-Cadburry
-Milo Cube
-Oat

Resepi Coklat Kek Pisang

Bahan-Bahannya:


6 biji pisang emas @ apa-apa pisang bersaiz sederhana. Kalau saiz panjang kurangkan kepada 4 biji.

2 biji telur

1/3 buku mentega (dicairkan)

2/3 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

secubit garam

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan coklat masakan (dipotong kecil)







Cara Membuatnya:


Lenyekkan pisang hingga hancur, masukkan telur, mentega cair, esen vanilla, soda bikarbonat, baking powder, garam.

Adunkan kesemuanya hingga sebati kemudian masukkan tepung gandum.

Kacau sebentar, masukkan sebuk koko dan kacau lagi.

Bila adunan dah sebati, masukkan 1/2 cawan coklat masakan yang dah dipotong kecil. Kacau sebati.

Akhirnya taburkan baki 1/2 cawan coklat masakan tadi di atas adunan.

Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.

Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz sederhana 6x6 @ 7x7.

Bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.



Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


8.) CHOCOLATET MOISE CAKE
NO PRODUCT,(008) CODE (CKC 118)



Topping :
-White Chocolate
-Ferrero Rochel (extra price for each)
-Kitkat

Resepi Choccolate Moise Cake

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist:

Bahan Pertama:
  • Satu (1) cawan serbuk koko
  • Satu (1) cawan gula pasir
  • Satu (1) cawan susu cair
  • Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Bahan Kedua:
  • Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
  • Satu (1) sudu serbuk penaik
  • Satu (1) sudu soda bikarbonat
  • Empat (4) biji telur
  • Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:

  • Campuran pertama:Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
  • Campuran kedua:
    Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.
Resepi Kek Coklat Moist 2
  • Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
  • Campuran Ketiga:
    Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
  • Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Resepi Kek Coklat Moist 5
  • Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
  • Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
  • Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
  • Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Resepi Kek Coklat Moist 6
Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.
Resepi Kek Coklat Moist 7

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:
Bahan:
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko
  • Dua (2) sudu besar mentega
Cara:
  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.
Cara Kedua:
Bahan:
  • Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
  • Dua (2) sudu besar susu pekat manis
  • Satu (1) sudu mentega atau majerin
  • Satu pertiga (1/3) cawan susu segar
Cara:
  • Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
  • Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Resepi Kek Coklat Moist 8
Kek Coklat Moist anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

0 comments:

Post a Comment