Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Monday 13 November 2017

Cadbury lover ?? Watch out !!

   Coklat cadbury adalah kegilaan ramai... Disini sis ruby kongsikan sedikit resipi kek coklat cadbury yg yg tersangatlah istimewa....
Bahan-bahan:
– 10 biji telur (gred A)
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette.
2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati.
3. Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4. Campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Adun dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6. Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7. Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8. Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.

Friday 10 November 2017

OUR NEW DESIGN ...
 -


-Resepi Kek Oreo


om buat kek oreo 2 bahan!

KEK OREO 2 BAHAN VIRAL

Bahan-bahan:
2 paket panjang oreo - farah guna perisa original. Patah-patahkan. 
200ml susu segar - lebih sedap guna perisa coklat 

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kedalam blender. Blender kena guna yang tak ada bau atau rasa cili dan bawang ya. 

2. Kisar semua hingga hancur lumat.

3. Tuangkan kedalam acuan.

4. Kukus selama 20-30 minit. Kalau acuan dalam biasanya lama sikit.

5. Selepas masak, sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan. Jangan bimbang kek tak melekat kat acuan.

6. Biarkan sejuk sebelum curah topping kegemaran.

Bahan-bahan topping:
150 gram coklat masakan
35 gram susu cair
1 sudu kecil butter

Cara-cara topping:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas untuk double boiler. 

2. Masak hingga semua cair dan sebati. 

3. Biarkan sejuk sebentar.

4. Curah keatas kek tadi.

Siap! 

Friday 20 October 2017

The Best Way to Design Ur Cake... Walllaaa

Tak Tahu nk design kek ??
 Di sini kami menyediakan pelbagai jenis design kek mengikut citarasa anda seperti yang anda mahukan...
Antara keistimewaan yang kami tawarkan adalah teknik design kek yang berkuliti dan pasti memikat hati penerima kek... Berikut adalah contoh design kek yang boleh ditempah..

SELAMAT MENONTON...






Revolusi Kek-kek Sihat Rubylicious Sdn Bhd


 Perbezaan yang diletakkan di dalam kek ini berbanding resepi asal adalah jenis coklat yang digunakan di dalam resipi ini adalah jenis coklat yang mempunyai kandungan lipid paling rendah. Selain itu , kami menggunakan stevia sebagai pengganti gula , sedikit serbuk kayu manis flores untuk bau yang harum , serta kami hanyan menggunakan sedikit susu pekat manis serta yang paling utana kami memasukkan Khalish susu kambing dalam setiap kek yang kami hasilkan . Hal ini adalah kerana kami menjanjikan 100% produk sihat yang mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan. Beikut adalah di antara kek-kek yang telah direvolusikan resepinya untuk kesihatan dan kesejahteraan bersama.


1.) Kek Coklat Leleh Gempak

2.) Oreo Cheese Cake

3.) Kek Aiskrim
4.) Cheese cake


Tuesday 17 October 2017

Topping Sedap Rubylicious Cke Bakery


Berikut adalah Topping biasa bagi Kek ... Harga bagi setiap topping boleh dilihat pada senarai harga....

1.) Chocolate Chip
2.) Cadburry
3.)  M&M

4.) Oreo
5.) Kitkat

Topping Sihat untuk Kek



   Topping Sihat Rubylicious Cake & Bakery

         Lagi mengenai keistimewaan kek sihat yang Rubylicious Cake & Bakery sediakan ??? 

Topping yang disediakan oleh RCB sdn Bhd adalah berasaskan buah-buahan serta makanan sihat... Namun jangan risau , buat penggemar topping-topping sedap seperti cadburry, chocolate chip,kitkat dan banyak lagi, kami turut menyediakan topping seperti yang anda minta tetapi lain topping lain harga ya... :-)

Berikut adalah topping sihat yang kami sediakan :

1.) Strawberri
         Manfaat  buah Strawberry sangat luar biasa untuk kesihatan. Buah Strawberry dikenal sebagai buah  yang paling popular di dunia kerana buah strawberry memiliki rasa yang lazat dan warna nya yang sangat menawan. Buah Strawberry kaya dengan pelbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang mana kesemuanya mudah diserap oleh tubuh badan kita. Strawberry mengandungi vitamin A, B, B2, B3, B5, B6, C, beta -karoten, asam folat, kalsium, magnesium, potasium, sodium, seng, dan besi.

2.) Hirisan Buah Kiwi Segar


Buah Kiwi mengandungi actinidinenzim alami yang dapat mengatasi sembelit. Asam askobin-nya melindungi tubuh dari demam dan juga sakit sendi. Setiap 100g kiwi mengandungi ,Protein: 0.99 gram,Air: 83,05 gram,Karbohidrat: 14.88 gram,Kalori: 61 kcal,Abu: 0.64 gram,Lemak: 0.44 gram,Magnesium: 30 mg,Fiber: 3.4 gram,Besi: 0.41 mg,Vitamin C: 75.0 mg,Potassium, K: 332 mg,Vitamin A: 9 mcg,Calcium: 26 mg,Phosphorus, P: 40 mg,Niacin: 0.500 mg,Vitamin A: 175 iu,Retinol: 0 mcg,Sodium: 5 mg,Thiamin: 0.020 mg,Kolesterol: 0 mcg,Riboflavin: 0.050 mg.


3.)Biji Chia dan Flaks


Foto - authoritynutrition.com
Foto – authoritynutrition.com

Biji flaks merupakan makanan tambahan popular dari segi kesihatan, akan tetapi ramai yang tidak tahu khasiat biji Chia. Chia mempunyai dua kali ganda jumlah lemak sihat omega-3 iaitu dengan hampir dua kali ganda serat dan lebih sedikit protein daripada biji flaks. Lebih baik lagi, anda tidak perlu untuk mengisar biji chia kerana ia boleh dihadam keseluruhan. Chia juga mempunyai rasa yang neutral.
4.)Buah Beri Biru


Foto - www.blueberrycouncil.org
Foto – www.blueberrycouncil.org

Lupakan buah-buahan kering, yang terlalu tinggi kandungan gula di dalamnya, dan pilih buah-buahan segar yang dihiris kecil dan dipotong seperti buah-buahan tropika. Walau bagaimanapun, bagi yang sukakan buah yang lain dari yang lain, anda boleh pilih untuk meletakkan buahan segar seperi blueberry ataupun beri biru. Terdapat pelbagai manfaat beri biru iaitu membantu melawan penyakit jantung, meningkatkan daya ingatan, memerangi tekanan oksidatif senaman dan juga menggagalkan sel-sel kanser.
5. Biji Labu


Foto - www.thehealthymaven.com
Foto – www.thehealthymaven.com

Biji labu terkenal kerana ia bermanfaat untuk kesihatan prostat. Kajian menunjukkan biji labu mempunyai ciri-ciri yang menghalang pertumbuhan tumor dan kanser. Biji labu juga tinggi kandungan zink, vitamin E dan tryptophan, sejenis asid penting yang membantu mengawal mood.
6. Serbuk Kulit Kayu Manis


Foto - www.megsandsoph.com
Foto – www.megsandsoph.com

Serbuk kulit kayu manis merendahkan paras insulin, yang membantu pengurangan gula darah. Dan kayu manis merupakan cara terbaik untuk mengimbangi kandungan gula di dalam bijirin anda.
7. Badam


Foto - authoritynutrition.com
Foto – authoritynutrition.com

Jika anda sedang mencari kacang yang sihat untuk dicampurkan bersama sarapan anda, pilihlah badam. Badam mempunyai profil asid lemak kacang terbaik, dan boleh membantu mencegah penyakit jantung. Badam juga tinggi kandungan nutrien yang penting seperti vitamin E dan magnesium, dan juga agak tinggi dari segi kandungan serat.
8.) Cornflakes
      Cornflakes adalah sejenis bijirin yang mempunyai seribu satu kebaikan dan memberikan tenagakepada tubuh badan kita . Khasiat jagung serta gandum yang terdapat di dalam cornflakes memberikan RCB sdn bhd idea untuk menjadikan cornflakes sebagai salah satu topping sihat bagi kek yang kami sediakan.

Stevia sebagai Pengganti Gula

Rubylicious Cake & Bakery menggunakan stevia sebagai pengganti utama kepada gula . Umum mengetahui punca utama kegemukan yang datang daripada sebiji kek adalah kerana kandunggan gula atau glukosa yang agak tinggi. Justeru Rubylicious Cake & Bakery telah mencipta sebuah resepi kek dengan 0 % kandungan gula. Berikut adalah kebaikan stevia yang dapat dikongsikan.

STEVIA - PENGGANTI GULA

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa. 
stevia02     steviafarm    stevia_rebaudiana

Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula