Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Monday 13 November 2017

Cadbury lover ?? Watch out !!

   Coklat cadbury adalah kegilaan ramai... Disini sis ruby kongsikan sedikit resipi kek coklat cadbury yg yg tersangatlah istimewa....
Bahan-bahan:
– 10 biji telur (gred A)
– 200g gula halus
– 1 sudu besar ovalette
– 2 1/2 cawan tepung superfine
– 1 sudu teh baking powder
– 500g mentega
– 400g susu pekat
– 1 sudu teh esen vanila
– 150g coklat masakan (cairkan)
– 1 sudu teh chocolate emulco
– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)
Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette.
2. Masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati.
3. Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.
4. Campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Adun dengan mixer secara perlahan hingga sekata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.
6. Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.
7. Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.
8. Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.
9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.

Friday 10 November 2017

OUR NEW DESIGN ...
 -


-Resepi Kek Oreo


om buat kek oreo 2 bahan!

KEK OREO 2 BAHAN VIRAL

Bahan-bahan:
2 paket panjang oreo - farah guna perisa original. Patah-patahkan. 
200ml susu segar - lebih sedap guna perisa coklat 

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kedalam blender. Blender kena guna yang tak ada bau atau rasa cili dan bawang ya. 

2. Kisar semua hingga hancur lumat.

3. Tuangkan kedalam acuan.

4. Kukus selama 20-30 minit. Kalau acuan dalam biasanya lama sikit.

5. Selepas masak, sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan. Jangan bimbang kek tak melekat kat acuan.

6. Biarkan sejuk sebelum curah topping kegemaran.

Bahan-bahan topping:
150 gram coklat masakan
35 gram susu cair
1 sudu kecil butter

Cara-cara topping:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas untuk double boiler. 

2. Masak hingga semua cair dan sebati. 

3. Biarkan sejuk sebentar.

4. Curah keatas kek tadi.

Siap!